Harian Metro Isnin, 30 Julai 2012
Sebagai seorang pelajar,kita pastinya pernah berhadapan dengan masalah untuk focus didalam kelas, sekaligus menyukarkan proses pembelajaran…
Masalah ni juga memungkinkan pelajar menjadi semakin malas atau kurang semangat atau hilang semangat untuk belajar kerana kesukaran menumpukan perhatian..
Namun, setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya…masalah ini ada penyelesaiannya, sekaligus dapat melonjakkan kembali keinginan untuk Berjaya dengan syarat, ianya dilaksanakan dengan penuh disiplin…antara panduan yang boleh diikuti ialah:-
Mengaplikasi pancaindera
Kita perlu belajar untuk focus terhadap sesuatu perkara dengan mengunakan segala pancaindera yang ada kerana amat rumit untuk mengingati jika tidak memberikan perhatian dari awal…memori yang kuat terhasil dari gabungan pelbagai deria seperti pendengaran, bau dan rasa….
Membuat petunjuk
Bagi meningkatkan lagi memori, buat petunjuk melalui objek yang mudah diingati menerusi imaginasi…
Menggunakan emosi
Mainkan emosi dengan mengaitkan dengan perkara yang indah dan menggembirakan…
Imaginasi
Gunakan imaginasi peribadi seperti anggota keluarga, rakan-rakan,rumah,pejabat, suatu peristiwa menarikdan hal-hal yang istimewa untuk membantu lebih focus..namun pelajar perlu bijak mengawalnya kerana dikhuatiri pula menjadi angan2..
Malakukan pengulangan
Ulanglah perkara yang perlu dipelajari atau diingati dengan pelbagai cara berbeza lagi kreatif seperti membuat peta minda, bercakap dengan nada yang kuat atau membuat lagu…
Membuat kata kunci
Cuba ingat bahagian pertama dan terakhir sesuatu perkataan atau ayat…kemudian bina kata kunci yang memudahkan kita mengingati bahagian berkenaan….
No comments:
Post a Comment