KU TINGGALKAN KEPADAMU (UMAT ISLAM) DUA PUSAKA ABADI, APABILA KAMU BERPEGANG KEPADANYA NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT ,IAITU KITAB ALLAH (AL QURAN) DAN SUNNAHKU

Tuesday 31 July 2012

Cara focus ketika belajar

Harian Metro Isnin, 30 Julai 2012

Sebagai seorang pelajar,kita pastinya pernah berhadapan dengan masalah untuk focus didalam kelas, sekaligus menyukarkan proses pembelajaran…
Masalah ni juga memungkinkan pelajar menjadi semakin malas atau kurang semangat atau hilang semangat untuk belajar kerana kesukaran menumpukan perhatian..
Namun, setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya…masalah ini ada penyelesaiannya, sekaligus dapat melonjakkan kembali keinginan untuk Berjaya dengan syarat, ianya dilaksanakan dengan penuh disiplin…antara panduan yang boleh diikuti ialah:-
Mengaplikasi pancaindera
Kita perlu belajar untuk focus terhadap sesuatu perkara dengan mengunakan segala pancaindera yang ada kerana amat rumit untuk mengingati jika tidak memberikan perhatian dari awal…memori yang kuat terhasil dari gabungan pelbagai deria seperti pendengaran, bau     dan rasa….

Membuat petunjuk
Bagi meningkatkan lagi memori, buat petunjuk melalui objek yang mudah diingati menerusi imaginasi…

Menggunakan emosi
Mainkan emosi dengan mengaitkan dengan perkara yang indah dan menggembirakan…

Imaginasi
Gunakan imaginasi peribadi seperti anggota keluarga, rakan-rakan,rumah,pejabat, suatu peristiwa menarikdan hal-hal yang istimewa untuk membantu lebih focus..namun pelajar perlu bijak mengawalnya kerana dikhuatiri pula menjadi angan2..

Malakukan pengulangan
Ulanglah perkara yang perlu dipelajari atau diingati dengan pelbagai cara berbeza lagi kreatif seperti membuat peta minda, bercakap dengan nada yang kuat atau membuat lagu…

Membuat kata kunci
Cuba ingat bahagian pertama dan terakhir sesuatu perkataan atau ayat…kemudian bina kata kunci yang memudahkan kita mengingati bahagian berkenaan….

Monday 30 July 2012

wuduk @ air sembahyang

assalamualaikum...nak update pasal wuduk..sebab aritu g solat dengan adik aku...saja la usyar dia wuduk..so terpikir la nak share sikit info tentang wuduk yang dapat dari satu artikel ni...

kucing pon belajar wuduk..haha..


Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
* 1. Sembahyang-sembahyang sunat.
* 2. Thawaf di Baitullah.
* 3. Menyembahyangkan mayat.
* 4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
* 5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

 Rukun Wuduk

Rukun berwuduk ada 6 (enam);

1. Berniat untuk wudhu, dan melafazkan

"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.

1. Membasuh muka (dengan merata)
2. Membasuh tangan hingga sampai dengan kedua siku (dengan merata)
3. Mengusap sebagian kepala
4. Membasuh kaki hingga sampai dengan kedua mata kaki (dengan merata)
5. Tertib (berurutan)


Sunat-Sunat Wuduk

Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-

* 1. Menghadap ke arah Kiblat.
* 2. Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
* 3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
* 4. Berkumur atau bersugi.
* 5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
* 6. Menyapu air ke kepala.
* 7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
* 8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
* 9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
* 10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
* 11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
* 12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
* 13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
* 14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
* 15. Berjimat ketika menggunakan air.
* 16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
* 17. Membaca Doa Selepas Wuduk setelah selesai berwuduk.

"Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin.", artinya: "Aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah, masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan masukkanlah ke dalam golongan orang-orang yang suci."

* 18. Kemudian dilanjutkan dengan sholat sunnat wudhu sebanyak 2 (dua) raka'at.

Bahawa Ia (Usman ra.) minta air lalu berwudu. Beliau membasuh kedua telapak tangannya tiga kali lalu berkumur dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian membasuh wajahnya tiga kali, lantas membasuh tangan kanannya sampai siku tiga kali, tangan kirinya juga begitu. Setelah itu mengusap kepalanya, kemudian membasuh kaki kanannya sampai mata kaki tiga kali, begitu juga kaki kirinya. Kemudian berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah saw. berwudu seperti wuduku ini, lalu beliau bersabda: Barang siapa yang berwudu seperti cara wuduku ini, lalu salat dua rakaat, di mana dalam dua rakaat itu ia tidak berbicara dengan hatinya sendiri, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni." (H.R. Usman bin Affan ra).

sekian.. selamat mencuba dan selamat beramal... ;)


Saturday 28 July 2012

kalau aku jurulatih pasukan bola sepak negara....

assalamualaikum w.b.t...lepas tarawih ni,tiba2 tringat akan satu angan2 aku...hehe..

actually, minat aku terhadap bola sepak,bukan sekadar jdi seorang pemain bola sepak yg "zero"..tp kalau boleh,aku nk tahu menyeluruh termasuklah dari segi mengadili dan melatih...hehe...

aku sendiri dah pon amik lesen jurulatih yg aritu ada dianjurkan kat UPM under Asian Football Club(AFC) dgn kerjasama persatuan bola sepak malaysia (FAM) dan UPM...

mcm biasa..ada yuran la nk join bnd ni...kalau x silap aku masa tu RM350..tp aku join kena byr RM150 sbb ada student rate kot..haha...maybe UPM yg sponsor slebihnya...

andai aku,jadi jurulatih pasukan kebangsaan...apa aku nk buat..?apa perancangan aku untuk memajukan mutu permainan bola sepak negara...?haaaa...

byk sbenarnya yg ada dlm fikiran aku...salah satunya mcm yg semua orang tahu,mula dari "bawah"....kalau kita tengok balik, team bola sepak malaysia bawah 12 tahun, bawah 15 dan bawah 18 tahun sentiasa maju..tp kenapa bila dah masuk kat peringkat pro,habis hancur...haha..
sebab.....
sistem coaching kita yang tak berubah2 dari dulu sampai sekarang...benda ni, aku tau pon sebab coach yang kendalikan kursus jurulatih tu yang cakap...
malaysia bukannya tak ada cukup kemudahan...tp tak berani nak gamble.....
tp kan,coach yang cakap tu,kenapa tak usulkan pada pihak atasan...hahaha...adoiii...

kalau aku jurulatih pasukan negara...
sistem formasi mana yang aku nk guna...?
 - hehe..kalau boleh,aku nak guna formasi (4-5-1)..
pada sape2 yang x faham apa tu (4-5-1)...
(x-y-z) = (defender-midfielder-attacking)..
hahaha..mula dah nak keluar formula math...
bukan 4 tolak 5 tolak 1 tau! tp 4 orang defender..5 org midfielder dan 1 attacker..

kenapa aku nk guna formasi ni...?
sebabb...
aku dah banyak join team bola sepak sejak dari darjah 3 sampai skarang..kebanyakan coach yang latih aku guna formasi ni...n aku sendiri selesa dengan formasi ni..tapi kenapa banyak coach yang latih team2 liga super or liga perdana x guna sistem ni...
kalau tengok team2 luar negara pon banyak guna formasi ni....

kalau aku jurulatih pasukan negara, siapa kesebelasan utama yang aku pilih...??
 hehe,,,..

goal keaper:                                khairul fahmi che mat

pertahanan:    bunyamin omar       fadzli syas     muslim ahmad     asrarudin

midfielder :                                      syakir shaari
                        s.kunalan         safiq rahim          badrul bakhtiar        rozaimi

attackin  :                                         safee sali

 wahhh..sampai mcm tu sekali angan2 aku..haha...harap2 jadi kenyataan...haha...kalau aku berkesempatan..insyaAllah aku akan cuba mimpikan semua ni malam ni...

tidoooo!! selamat malam...tusbih a'alalkhair...  :)

 

Friday 27 July 2012

kepentingan zakat...

assalamualaikum...zakat zakat zakat...
stiap kali masuk bulan ramadhan,smtiap umat islam x terlepas daripada membayar zakat...
persoalannya...penting ke membayar zakat..??


Dari Anas r.a katanya:Abu Bakar menulis surat kepadanya menjelaskan apa yang diperintahkan rasulullah s.a.w (perihal zakat). Katanya:Janganlah mengumpulkan yang bercerai dan jangan menceraikan yang berkumpul kerana takut membayar zakat.



Huraian Hadith: 
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat, bersih, suci, subur dan berkembang maju. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat. (an-Nur: 56) .Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat kerana sesungguhnya mereka yang kaya dan berada harus menyedari bahawa di dalam harta mereka wujud hak orang-orang fakir dan miskin. Di antara hikmah Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah:-

¢ mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, iaitu sistem sosio ekonomi Islam.
¢ membersihkan diri membayar zakat.
¢ membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
¢ mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t di kalangan orang yang berada
¢ mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang yang bernasib baik

dah baca ni,sila2 la ye bayar zakat..haha..klu parent yg tlg byrkan,igt2kan dorang...takut2 dorang terlupa...hehe..biasa la kita ni manusia lemah...kdg2 ada wat salah n terlupa...
bayar jgn tak bayar... 
pesanan buat diri sendiri dan semua... 

Thursday 26 July 2012

Cita-cita aku…

Assalamualaikum w.b.t…selamat petang…
Actually arini ada someone suh aku share sumthing..okay!..biasa la..stiap manusia ada cita-cita n smua org nk capai cita2 masing2…Cuma cara n mcm mana kita nk capai cita2 tu maybe ada yg berbeza…

Cita2 plak ada 2 jenis…first ialah cita2 jangka masa pendek..n second plak cita2 jangka masa panjang…

Cita2 jangka pendek aku ialah aku nk smbung belajar…kenapa bnd ni jdi cita2 aku??
Haaa…ni yg jdi persoalan…haha..byk sebab kenapa aku nk smbung belajr…firstly,ialah sbb aku sendiri…aku sbg anak sulung…so aku nk try the best utk jdi contoh kpd adik2 aku..hahaha..(konon2nye la)…pastu aku nk penuhi impian mak ayah aku yg nk sgt aku smbung belajar…n yg terakhir ialah sbb aku nk kejar sumone yg byk tlg aku..kenapa aku kejar dy?haaaaa??hanya aku dan dia yg tahu…dy tahu ke?mungkin dy tau,mungkin dy sndiri pon x tau..hehe..kdg2 aku rsa mcm nk putus asa kejar dy sbb aku cam x layak je..tp xpela..at least aku ada belajar sumthing daripada kisah ni...
Cita2 jangka masa pendek aku yg kedua ialah aku nk recover sakit pinggang aku ni…dah lama sgt aku xdpt join aktif bola sepak n futsal…xtau la mcm mana nk recover bnd ni..rsa susah sgt…harap2 dapat sembuh cepat…

Cita2 jangka masa panjang aku plak ialah first skali aku nk ada keje…aku nk tlg mak ayah aku…xdapat tlg byk,sikit pon jdi la..jgn smpai jdi tanggang plak nnti..hehe..
Second ialah aku nk ada keje,n ada rumah n kereta sendiri...bila dah kukuh sikit smua tu, insyaAllah akan tiba masanya kawen la..haha…mungkin ada yg tggu aku..mungkin xde jodoh..so byk2kan doa la.. mudah2an dipermudahkan segalanya…
Pasal smbung belajar plak…aku actually mcm dah hilang arah…hahaha…apa yg aku x minat,bnd tu la dtg..so aku survive je la..at least ilmu yg aku belajar tu aku dapat guna kan dlm hidup ni..hehe..kan..?kan? xminat pon x pe la..ilmu tu tetap berguna..

Tu je la..hehe..jgn lupo niat sahor!

Yg benar,
BrAdEr MeRaH

kawal nafsu makan dan berbuka secara "sihat"



assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera....lagi lbh kurang 1 jam cmtu..dah nk masuk waktu berbuka puasa kat penang ni haa...x sabar plak..lapar dah ni..pgi td letih buat keje...g beli kain wat baju raya...hahaha...sbg abg long,aku diberi hak dan kuasa untuk memilih warna baju raya tahun ni...

tp skang ni,bukan nk cite pasal baju raya...nk cerita pasal berbuka..

klu bulan2 Ramadhan ni...kat bazar tu mcm2 jnis lauk n makanan kita bleh dapat...pantang pegi je,comfirm nafsu mkn mula membuak2...haha...yg x suka pon kita boleh jadi suka...semuanya sbb kita dlm keadaan yg lapar...insyaAllah..belajr tahan diri dari smua godaan mcm tu...act,aku sndiri pon x dapat tahan..haha...so aku pegi bazar ponklu mak aku suh belikan sumthing...klu x suh,mmg aku x pegi la sbb tkt ter"boros"...

sempena bulan Ramadhan ni,kita jgn la boros sgt ye..makan secara sederhana...hahaha...ni tak...masuk je waktu berbuka,kita mula makan semua mkaanan yg ada sbg tanda nk "balas dendam" sbb shari punya x mkn..hahaha..ish2...check balik mcm mana kita sbenarnya..maybe aku pon cmtu..haha..

sikit je la..xtau nk tulis apa..haha..sama2 kita muhasabah diri...jgn boros,nnti boroi..!! haha..

selamat berbuka..

nah amik bazar...haha,,



Tuesday 24 July 2012

jom masak TOMYAM!

assalamualaikum...hai hai hai..
memandangkan skang ni bulan puasa...klu cerita pasal makanan,mesti best kan? haha...

so,arini aku nk ajar "sape-sape" yg kurang pandai memasak atau x reti masak TOMYAM..haha...

mcm biasa..bahan-bahan nk masak menu tu kena sediakan dlu...

so..bahan2 yg kite kena sediakan untuk masak TOMYAM untuk 3-4 org makan ialah:-

1) stengah ekor ayam yg dipotong kecil..klu korang xnk mkn ayam,letak la bnd lain yg halal dimakan... ;)
2) 2 bijik bwg besar dihiris bulat..potong mcm mana pon x kisah lah..haha..
3)  3 bijik bwg putih ditumbuk
4) 15-20 cili padi yg ditumbuk..haha..jgn tumbuk smpai hancur tros..nk lgi pedas,tmbh lagi cili ye..
5) 2 batang serai
6) 1 sudu besar pes tomyam..
7) 4 helai daun limau purut..
8) 2 bijik limua nipis..nk guna jus dy je..
9) 4 cawan air..ikut suka korang la nk air byk mne.. 
10) garam atau perasa
11) minyak
12) bunga kobis, baby corn, tomato...pastu klu suka sayur apa,korang nk letak la...ikut suka je...hahaha...

 dah siap bahan disediakan,cara2 masaknya mcm mna? tgk bwh lagi...

1) panaskan minyak n tumis bwg putih (basic skill of cooking)..hahaha...klu tumis pon x reti,cansel la masak tomyam ni...
2) masukkan ayam dlm periuk n tutup skejap..biar jus ayam kluar sikit..
3) masukkan air pastu tggu smpai air mendidih...pastu masuk serai,daun limau n bawang besar....
4) pastu masukkan cili padi, pes tomyam, garam...n jgn lupa perasa....
5) dah setel smua td,masukkan plak sayur n biar skejap...
6) last skali,masukkan jus limau n kacau...matikan api...

haaa..siap...mcm snang kan..?so try la..haha..




jumpa lagi..salam ramadhan...selamat berpuasa dan selamat berbuka...

Tuesday 17 July 2012

persedian Ramadhan al-mubarak...

Bulan ramadhan akan membuka tirainya tidak lama lagi. Maka kita sebagai umat Islam perlu mengetahui apakah persediaan diri yang perlu kita lakukan bagi menghadapi bulan Ramadhan ini.


Adakah kita di antara golongan yang tertunggu-tunggu dengan kehadiran bulan ramadhan? Atau kehadiran bulan Ramadhan kali ini dianggap biasa. Objektif kedatangan bulan ramadhan adalahuntuk mengajar umat islam supaya lebih tekun melaksanakan ibadah kepada Allah. Dalam Bulan Ramadhan disediakan berbagai ibadah dan ganjaran pahala yang sangat istimewa kepada mereka yang berjaya mengamalkannya. Di antara ibadah yang disediakan ialah berpuasa selama sebulan, solat sunat tarawih, qiyamullail, Malam Lailatul Qadar dan sebagainya.





Rebutlah ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala apa yang disediakan dalam Bulan Ramadhan ini. Jangan lepaskan peluang ini, kerana bagi sesiapa yang terlepas peluang ini akan mengalami kerugian yang amat besar dan belum tentu lagi kita dapat bersama pada Ramadhan akan datang.
Pada masa zaman Rasulullah dan para sahabat mereka sangat menanti dan merindui kedatangan Ramadhan. Rasulullah menyambut Bulan Ramadhan dengan mendoakan “Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. Apabila tiba sahaja Ramadhan mereka tidak melepaskan peluang ini. Mereka lakukan segala ibadah dengan penuh kegembiraan dan keseronokkan. Apabila akhir Ramadhan mereka menanggis kerana mereka takut mereka tidak dapat menyambut Ramadhan pada tahun akan datang.
Rasulullah saw telah menyampaikan khutbahnya pada akhir Bulan Syaaban. Alasan yang jelas mengapa ini dilakukan oleh Baginda ialah bahawa Baginda mahu menjelaskan ke dalam fikiran kita tentang kepentingan Ramadhan yang mendatang supaya kita sedar dan tidak akan membiarkan walaupun seketika berlalu tanpa memperolehi manfaat daripadanya. Selepas menyatakan keutamaan-keutamaan bulan ini, perhatian kita terfokus ke arah beberapa perkara yang penting. Pertama Lailatul Qadar iaitu satu malam yang sangat berharga. Baca Teks Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan di sini.
Antara persiapan yang perlu ada kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan supaya Ramadhan tidak terlepas begitu sahaja ialah seperti berikut :
  • Persiapan Rohani penting kepada kita semua, untuk melaksanakan segala ibadah yang ada dalam Bulan Ramadhan ini perlu mempunyai keikhlasan hati dan tidak mengeluh kesah kerana tidak dapat menikmati makanan pada siang hari dan tidak merunggut kelaparan ketika berpuasa.
  • Ilmu tentang ibadah-ibadah yang terdapat dalam Bulan Ramadhan kena dipelajari oleh kita semua, kefahaman tentang ibadah Bulan Ramadhan ini akan menyebabkan kita mudah melaksanakannya tanpa menghadapi masalah.
  • Fizikal penting dalam melaksanakan ibadah puasa, sebab orang sakit dalam bulan puasa tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan ia terlepas dari segala hikmah yang terdapat dalam bulan puasa. Badan sihat juga mudah untuk melaksanakan ibadah Solat Tarawih, mudah untuk membaca Al-Quran dan sebagainya.
  • Ekonomi juga penting dalam bulan puasa. Orang yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kepada orang yang tidak berkemampuan. Kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Memiliki ekonomi juga dapat membuatkan seseorang itu mudah ke masjid untuk melaksanakan ibadah Bulan Ramadhan.

tips membuat keputusan...

assalamualaikum..dan selamat petang..

lama sgt dah x update n jenguk blog ni..busy dan ditambah plak dgn sakit n byk bnd nk kna setel..
baru2 ni kputusan pengambilan pelajar lepasan stpm n setaraf dah kua..tp sygnya,nama aku x tersenarai..hehe..xde rezki kan..so kna wat rayuan...urusan rayuan smua tu dah setel..

so skang ni,aku ada sikit masalah nk wat keputusan...sbb jdi xtau pape...otak 'krem' sbb lama sgt x kua umah..dok terperap je dlm umah sbb sakit pinggang ni haa...huhuhu...

so klu korang smua ada dlm situasi yg korang kena wat pilihan terbaik untuk tentukan masa depan korang,mcm mane korang nk wat keputusan...aku ada sikit tips nk share la dgn korang...

wat keputusan ni kan sbenarnya satu cabaran sbb kputusan yg kita way ni akan mempengaruhi masa akan datang...sama ada baik atau buruk,yg tu kita x dapat pastikan...ada keputusan yg kita boleh wat serta merta..tp ada jgk kputusan yg kite kna amik masa untuk pkir... kputusan yg terburu kdg2 x membawa apa2 faedah tp silap2 bg kesan yg buruk...so,kita kne biasakan diri kita untuk wat kputusan dgn baik dgn berpandukan bberapa tips ni...

1) tenangkan fikiran....jgn wat kputusan dlm keadaan tertekan....
2) kenalpasti masalah sebenar....
3)kenalpasti pilihan..
4)kaji baik buruk pilihan
5)wat pilihan terbaikkk
6)tegas dengan keputusan...
7)nilai semula...

hehe...act,aku sndiri pon x dapat ikut smua tips ni...tp pada sape2 yg stress xleh nk wat kputusan,leh jdikan bnd ni jdi panduan untuk korang slesaikan masalah wat kputusan korang tu..

mudah2an dgn tips yg aku share ni sdikit sbanyak dapat bantu sape2 yg maybe perlukan...pada sape2 yg ada cdangan lbh baik,sila bg cdangan penambahbaikan ye,...
hehe...


Tuesday 3 July 2012

maafkan jika terkasar bahasa...

celaka bagi pemuda yg bercakap lemah lembut dengan kawan2 laki dan perempuan tp bercakap keras dan kasar dengan ibu bapa...

celaka bagi pemuda atau pemudi yang berusaha untuk menyenangkan suami atau isteri tetapi tidak pedulikan tangisan ibu bapa mereka...

celaka bagi pemuda atau pemudi yang menghabiskan masa dihadapan skrin tv dan pc tetapi lupa untuk berbuat baik terhdapap ibu dan bapa...

begitu lah tingginya darjat ibu bapa ditakhta hati kita... :)