KU TINGGALKAN KEPADAMU (UMAT ISLAM) DUA PUSAKA ABADI, APABILA KAMU BERPEGANG KEPADANYA NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT ,IAITU KITAB ALLAH (AL QURAN) DAN SUNNAHKU

Monday 3 November 2014

Cuti Panjang

Setelah hampir setahun,aku berdiam diri dari  'arena' blogger ni, sekarang muncul minat yang hadir dalam diri untuk sambung berkongsi pengalaman dan menimba ilmu dari dunia blogger ni..

Tak banyak cerita atau pengalaman yang dapat dikongsi kan..

Pengalaman berkaitan bisnes atau berjual beli. Alhamdulillah.. Rezeki Allah sangat luas. Siapa yang rajin berusaha, insyaAllah, Allah akan bagi.. Dari sini muncul minat aku untuk cuba menceburi bidang perniagaan.

Pada awalnya, minat aku ni hanya sekadar suka-suka.. Tapi selepas 2 bulan, minat aku terhadap bidang perniagaan ni semakin mendalam..Aku cuba mengorak Langkah demi langkah untuk mempelajari ilmu perniagaan ni daripada Ayah saudara aku...

Sekarang aku mula mengusahakan sebuah perniagaan secara online kecil-kecilan dengan harapan hasil keuntungan daripada perniagaan online ni dapat menampung sikit kewangan aku sepanjang degree ni...

Sepanjang menjalankan perniagaan ni, banyak sangat dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi.. Sekarang dugaan dan cabaran ni buatkan aku lebih matang dalam menguruskan perniagaan.. Bagi aku, ada beberapa prinsip yang aku pegang selama menguruskan bisnes ni..

1)Berani
2)Disiplin
3)Komitmen
4)Strategi
5)Kuat semangat

4 benda ni sangat penting bagi aku. Bagi usahawan muda kat luar sana, cuba lah. Jangan takut untuk berjaya. InsyaAllah..

Wednesday 12 June 2013

Persediaan Liga IPT 2013

Assalamualaikum WBT...

Target tahun 2013..banyak azam yang aku target untuk 2013 ni..walaupun ada yang dah tercapai, tp still banyak lagi yang belum aku tercapai..

Antara target yang aku btol2 target untuk tahun 2013 ni ialah Liga Bola Sepak IPT 2013...
Liga IPT tahun ni aku memang target nak champion Zon Sarawak..so kalau dah champion Zon Sarawak, kami akan bersaing dengan Johan dari Zon-zon lain di semenanjung termasuk jugak UPM Serdang...

Aku nak lawan dengan UPM Serdang sebenarnya sebab diorang memperkecilkan bakat atlet-atlet dari UPM Bintulu...diorang tu siapa? ada diantara pemain bola sepak UPM Serdang dorang perkecilkan player UPM Bintulu..

So, harap-harap tahun ni kami mampu jadi Johan Zon Sarawak..so kalau dah johan nnti, ada kemungkinan kami akan bersaing dengan UPM Serdang.. Itu yang aku targetkan..

So untuk mencapai target ni, UPM Bintulu dah buat beberapa persediaan termasuklah latihan dan perlawanan persahabatan bagi mendedahkan pemain dengan corak permainan sebenar team-team yang lebih kuat..

Kat Sarawak ni, team-team yang kuat contohnya UiTM Samarahan n UNIMAS..
UiTM n UNIMAS main dalam divishen 3 sbelum ni..tpi skarang diorang main Liga Borneo...

So pengurusan dah buat 2 siri perlawanan persahabatan dengan juara Sarawak...

First match UPMKB kalah dengan UiTM 1-3..tapi dengan smangat juang tinggi, perlawanan siri kedua, UPMKB menang lawan dengan UiTM 4-0...

Kmenangan ni dah buatkan semangat para pemain semakin tinggi...

harap-harap kami berjaya untuk mara...


Friday 16 November 2012

MASUM....futsal lagii...

assalamualaikum...ni kisah pasal Majlis Sukam Universiti Malaysia...

first pengalaman aku join MASUM...tapi target sebenar aku adalah untuk wakil IPT aku dalam sukan bola sepak...disebabkan beberapa masalah, aku xdapat wakil IPT aku utk sukan bola sepak..tapi dapat wakil untuk sukan futsal pon jadi la...






Rehat lama..tapi degil...

assalamualaikum..hehe...
huwaarghh...setelah sekian lama x menjenguk blog ni...pagi2 buta ni ada jgk masa free untuk update sumthing utk dikongsikan..

xada yg nak dikongsikan.. xlain dan x bukan..berkaitan bola sepak la..sstudy cmane?errr...

actually,bru je lepas medical checkup...doktor dah buat pengesahan aku kena rest 4 bulan dari wat aktiviti lasak termasuk main bola..sebab ligamen lutut n ankle ada masalah...

tp ntah kenapa aku rasa macam doktor tu tipu aku je..haha...so far alhamdulillah aku main ok je...tp dah kurang main compared to sebelum ni...

sekarang aku sebok dengan tornoment bola sepak piala ahli parlimen bintulu, liga bola sepak piala petronas dan liga bola sepak piala sarawak...

ni gambar team x official..
gambar kat atas tu masa liga bola sepak piala ahli parlimen...so far team ni dah layak ke peringkat suku akhir... harap-harap dapat champion..tahun lepas naib johan...

dua lagi liga masih di peringkat awal...

futsal plak aku sebok dengan 2 tornoment....liga futsal FAB dengan liga futsal BIFA...
FAB stand for Futsal Arena Bintulu...BIFA plak stand for Persatuan bola sepak Bintulu...

liga futsal FAB tu dah habis...team kitorang champion...alhamdulillah..walaupun kurang preparation sebab masing2 sebok dengan kerjaya..aku sorang je student...yg lain semuanya dah keje and ada yang dah berkeluarga...
baju putih tu manager,perempuan sebelah kiri tu isteri beliau dan yg kecik2 tu anak beliau...
sangat supportive kan..hehe..

apa simbol love tu aku pon xtau...haha..

dah champion, jalan2 cari makan la..hehe..semua dah keje..aku je student...
paling mudaa...eh??haha..


Sunday 16 September 2012

nasyid vs futsal plak..? study mana?

assalamualaikum...selamat sejahtera dan salam satu malaysia...
:)

lama dag tak jenguk blog ni..sibuk sangat dengan sesi pendaftaran, orientasi dan banyak lagi benda yang kena setelkan untuk peringkat awal sambung belajar ni...

alhamdulillah..so far semua lancar...

dalam dok sebok dengan semua urusan tu, aku sempat menambahkan lagi kesibukan diriku ini dengan pertandingan nasyid kontemporari dan pertandingan futsal 1 malaysia anjuran upm...

first skali nak cite pasal pertandingan nasyid... pertandingan ni terbuka untuk semua and sape2 yang rasa nak join..terbahagi kepada 3 kategori iaitu sekolah rendah, sekolah menengah & IPT dan terbuka...

alhamdulillah dalam masa 2 hari aku dapat membentuk satu team nasyid terdiri dari 8 orang anggota iaitu 5 orang penyanyi dan 3 orang musician...  alhamdulillah.. walaupun tak dapat jadi johan, naib johan pun dah cukup berbaloi... 2 lagu yang kami pertaruhkan iaitu persada perjuangan-zilfan dan secerah pawana-mestika akhirnya dapat kami sampaikan dengan baik... haha... formal plak ayat...macam pemberita...

second nak cite pasal futsal 1 malaysia... mula-mula ingat taknak main sebab kaki kurang sihat... tp bila dah ada junior ajak berkali2...so  dengan berat hati join jgk... 8 orang jugak pemain untuk satu pasukan..pertandingan ni melibatkan 22 pasukan terbuka untuk semua lapisan masyrakat dan tiada had umur..haha...

nama team, meteora...berjersi merah dan berseluar hitam... tulah team yang dapat tempat ke-3...walaupun kami merupakan antara 2 pasukan pilihan diperingkat awal.. tapi tak ada rezki kami untuk pertahankan kejuaraan...
alhamdulillah..

study plak mcm mana?haha...no komen..sebab tak banyak sangat pon yg belajar...but so far so good...

dekan sem ni insyaAllah...


Tuesday 4 September 2012

some one day...insyaAllah..

kehidupan - inteam feat nazri raihan..

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan