KU TINGGALKAN KEPADAMU (UMAT ISLAM) DUA PUSAKA ABADI, APABILA KAMU BERPEGANG KEPADANYA NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT ,IAITU KITAB ALLAH (AL QURAN) DAN SUNNAHKU

Monday 3 November 2014

Cuti Panjang

Setelah hampir setahun,aku berdiam diri dari  'arena' blogger ni, sekarang muncul minat yang hadir dalam diri untuk sambung berkongsi pengalaman dan menimba ilmu dari dunia blogger ni..

Tak banyak cerita atau pengalaman yang dapat dikongsi kan..

Pengalaman berkaitan bisnes atau berjual beli. Alhamdulillah.. Rezeki Allah sangat luas. Siapa yang rajin berusaha, insyaAllah, Allah akan bagi.. Dari sini muncul minat aku untuk cuba menceburi bidang perniagaan.

Pada awalnya, minat aku ni hanya sekadar suka-suka.. Tapi selepas 2 bulan, minat aku terhadap bidang perniagaan ni semakin mendalam..Aku cuba mengorak Langkah demi langkah untuk mempelajari ilmu perniagaan ni daripada Ayah saudara aku...

Sekarang aku mula mengusahakan sebuah perniagaan secara online kecil-kecilan dengan harapan hasil keuntungan daripada perniagaan online ni dapat menampung sikit kewangan aku sepanjang degree ni...

Sepanjang menjalankan perniagaan ni, banyak sangat dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi.. Sekarang dugaan dan cabaran ni buatkan aku lebih matang dalam menguruskan perniagaan.. Bagi aku, ada beberapa prinsip yang aku pegang selama menguruskan bisnes ni..

1)Berani
2)Disiplin
3)Komitmen
4)Strategi
5)Kuat semangat

4 benda ni sangat penting bagi aku. Bagi usahawan muda kat luar sana, cuba lah. Jangan takut untuk berjaya. InsyaAllah..