KU TINGGALKAN KEPADAMU (UMAT ISLAM) DUA PUSAKA ABADI, APABILA KAMU BERPEGANG KEPADANYA NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT ,IAITU KITAB ALLAH (AL QURAN) DAN SUNNAHKU

Monday 28 May 2012

main cubic

assalamualaikum w.b.t...dan salam sejahtera...apa khabarin?haha...

lama jgk  update blog ni...sebok dgn main bola dan sbgainya...1hb jun ni ada lg game..2 hb jun ada lg tornoment...10hb jun ada lg tornomen..adoi...smpaikan rasa mcm nk stop keje...sebok men bole melebihi sebok keje...tp smua sebok tu x menghalang aku nk main cubic stiap malam..hehe...

cubic ni antara permainan yg famous kat dunia...sape yg main,org ckp pndai..btol ke?hahaha...maybe sbb bnd tu susah nk slesaikan..so sbb tu sape yg dapat slesaikan,org ckp pndai...hahaha....

kalau x silap,dah lama sgt aku tgl cubic ni..smpaikan ada step2 yg aku lupe...
stelah shari aku explore balik cubic tu...at last,aku dah jumpe satu per satu step..tp x smua step aku igt...last step skali aku terlupe..so still blm dapat solve kan cubic tu..

actually cubic ni,ada byk cara n depend on person yg nk solve cubic tu...masing2 ada step masing2...
main cubic ni bukan skadar main sja2 n membuang masa...tp byk kelebihan main cubic ni...

1)self extreme-so sape2 yg pernah main cubic ni,mmg akan rasa puas bila dapat slesaikan bnd ni...mmg sgt2 puas ati...aku sndri amik masa yg lama untuk siapkan...dlu mse bru blajar,amik masa 10-15 minit nk siapkan..pastu 5 minit..n paling cpt aku pernah siapkan 3 minit...tp ramai lg yg lg cepat slesaikan bnd tu....itu pon byk aku mtk tlg org ajarkan... tp,ada jgk yg cari mkn..klu nk mtk ajar,kena byr,..hahaha...

2)short term memory-kdg2 kita main cubic tu,terlebih step..so bila terlebih step,klu individu tu x kuat short term memory dy,mmg dy terlupe step yg terlebih tu..so bile dah terlebih step,mmg kne mula balik atau recover step2 tu...but stengah org,dy akan frust n putus asa...

3)cerdaskan otak- ada sstengah golongan berusia lingkungan 75tahun yg diberi main cubic..daripada nyanyok,hilang nyanyok nye...hahaha,...btol ke?ntah la..aku pon x pasti...org yg main cubic akan rasa otak dy cergas n sgt peka dgn keadaan sekeliling...dy jgk akan jdi lebih alert dgn apa2 perkara...sbb otak yg sntiasa berjalan ibarat bdn yg sntiasa bersenam...otak akan tros sihat...

cabaran dari aku,slesaikan cubic 100 kali sminggu!! ;)

ni dia  cubic...bli la..ada yg rm2..n klu nk yg lbh kualiti bli yg mahal pny... ;)

Friday 25 May 2012

ohhhh...sakit pinggang la...

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

setelah beberapa hari sibuk dengan kejohanan bola sepak tempat aku ni..ari ni aku dapat spend masa untuk update blog... actually,kjohanan bola ni x abis lg pon...tp dah slesai 4 perlawanan... 

selepas 4 perlawanan,mcm2 sakit dtg mnimpa aku..haha..lasak sgt men bola...tp yg paling kritikal skang ni skit pinggang... dah lama aku sakit pinggang ni sbenarnye...tp nk wat cmane..g jmp doktor pon,dy bg "counterpain" je...haha...xleh pakai btol...

so ada sikt petua untuk dikongsikan dgn pesakit pesakit pinggang sedunia..hahaha...


ni petua tradisional:

petua 1
1)minum air halis + gula yg dah direbus...
tumbuk halia pastu campur dgn 2 gelas air n gula scukup rasa..pastu biar sampai sjuk pastu selamat menjamu selera...haha

petua 2
sdiakan kuning tlor n telan mentah-mentah..buekkkkkk!..hahaa..aku sndiri pon geli...amalkan 3 kali shari..

ni plak petua moden:
gunalah produk2 keluaran terbaru...haha....tu je la...
p/s:jaga pinggang anda sebaik mungkin..nk guna lama tu...

jumpa lagi ;)

Tuesday 22 May 2012

hormatilah ibu bapa

assalamualaikum...
Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)

Nabi saw. bersabda, " Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Allah berfirman, "Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ahh" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?"
(1) Mempersekutukan Allah. 
(2) Derhaka kepada ibu atau bapa. 
(3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga:
 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 
2) lelaki yang dayus. 
3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

p/s: gembirakan hati ibu bapa dan penuhi permintaan mereka,walaupun kdg2 kputusan yg kita buat tu       memeritkan kita sndiri...

Sunday 20 May 2012

menguruskan jenazah

assalamualaikum..i have sumthing nk kongsi kat sini...td lepas solat maghrib,mak ajak g melawat kawan ayah yg meninggal dunia...dari situ aku dapat satu ilham untuk sharekan tentang pengurusan jenazah.....skang ramai org amik ringan...sbb kmatian jarang berlaku berhampiran kita...tp nnti,klu skali terjadi pada2 ahli kluarga terdekat kita,masa tu bru kelam kabut nk belajar nk mnguruskan jenzah n sbagainya...bagi aku,bnd ni sgt pntg..tmbahan plak aku anak sulong..klu apa terjadi pada mak ayah n adik2 aku,skurang2nya aku tahu menguruskan sndiri..lebih afdal klu anak lelaki menguruskan sndiri jenazah tersebut kalau,"si mati" tu bapanya...klu xada pengalaman atau kemampuan,boleh la minta tolong bantuan daripada imam atau bilal dikawasan kita untuk menguruskan jenazah.....hahaha...ayat skema plak..adoiii...
 

urusan menguruskan jenazah ni fardu kifayah je sbenarnya..tp kita jgn ambil ringan bnd2 cmni....klu2 satu kampung tu amik ringan,smua xtau nk uruskan jenazah,haa..siap...satu kampung berdosa..haha...confiden je aku ckp org berdosa...antara benda2 wajib buat untuk menguruskan jenazah ialah MEMANDIKAN JENAZAH, MENGAFANKAN JENAZAH, SOLAT KE ATAS JENAZAH dan MENGEBUMIKAN....

waris terdekat si mati plak,ada tugas yg kena setelkan contohnya buat laporan polis..pastu beli brg2 yg nk kne guna..n yg pntg,kena bncg n deal dgn mna2 pihak yg sepatutnya berkaitan dgn "gali kubur", "imam yg mengimamkan solat jenazah", "bilal yg memandikan jenazah", "kenderaan"...haaahhh..aku xtau nk tulis apa lgi ni..haha...

4 pngurusan jenazah yg pntg iaitu mandiakn jenazah, kafankan jenazah,solat jenazah dan mengebumikan ni,ada lagi cara2 dan langkah2 untuk buat smua ni...hehe....aku pon tgh blajar jgk nk wat smua ni sbenarnya...bia aku study dlu...nnti aku dah tau,aku share lgi kat sini... ;)

p/s: renung2kan dan selamat beramal....

Tuesday 15 May 2012

wanita - dehearty



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



kenapa istighfar?


Kita sering dianjurkan beristighfar dalam menjalani kehidupan seharian kita. Ia dikatakan sunnah Rasulullah kerana Nabi Muhammad sendiri selalu beristighfar.
Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: "Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih." (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, dishohehkan oleh Imam Turmidzi)
Kita memandang istighfar sebagai suatu amalan yang perlu dilakukan selepas melakukan dosa, sepertinya selepas sedar dari mengumpat.
Ada juga yang menjadikan istighfar sebagai ayat "melatah". Seperti dalam keadaan terkejut.
Kasihan sungguh kita, selama ini kebanyakan istighfar yang dilafazkan di luar kesedaran kita!.
Bila ditanya pada diri sendiri, mengapa kita perlu istighfar? Maka timbullah jawapan berdasarkan logik akal fikiran.

"Agar tenang", "Agar dosa diampunkan", "Agar hidup diredhai Allah" dan seterusnya...
Tapi adakah kita berpuas hati dengan jawapan berdasarkan logik akal fikiran kita saja? Dalam setiap persoalan, kita hendaklah mendasarkan penilaian kita berdasarkan al-quran dan as-sunnah. Mari kita bertanya kepada dua bahan rujukan kita iaitu sunnah Rasulullah s.a.w dan ayat Al-Quran.
Istighfar agar memperoleh pengampunan dari Allah s.w.t

dalam surah an-nisa, ayat 110
"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Ini adalah asas kepada istighfar, dan setiap muslim sepatutnya memahami fungsi istighfar ini.
Istighfar agar memperoleh perlindungan dari Allah s.w.t

Dari surah Al-Anfar, ayat 33
"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (muhammad) berada dianatara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminda ampun"

dan dari surah Gharfir/Al-Mukmin, ayat 7-10
"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhanny dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berdoa):
"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu dan periharalah mereka dari azab neraka.
"Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga "Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka, dan orang yang soleh diantara nenek moyang mereka, isteri-isteri(dan suami), dan keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"
"Dan peliharalah mereka dari kejahatan. Dan orang yang Engkau pelihara dari kejahatan pada hari itu, maka sungguh, Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung."
Lihatlah, bagaimana mulianya manusia yang memohon ampun kepada Allah. Sehingga para malaikat mendoakan mereka sedemikian. dan doa para malaikat bukan hanya untuk individu yang memohon ampunan Allah, bahkan untuk nenek moyang (ahli keluarganya yang telah meniggal), pasangannya, dan zuriat mereka (anak, cucu, cicit dan seterusnya).
Istighfar agar mendapat kesenangan dan terlepas dari keadaan risau dan resah.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma, bahwa Rasulullah telah bersabda: "Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka."
(HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Mari dengarkan sebuah kisah dari sebuah kitab Tafsir Al-Maraghi hasil tulisan seorang ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi. kisah tentang seorang tabi'in (generasi ulama selepas sahabat rasulullah) yang bernama Hasan Al-Basri. Hasan sering didatangi mereka yang bertanya hukum agama dan meminta nasihat atas segala persoalan.
Suatu hari Hasan didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang kelaparan yang dihadapinya. Hasan dengan penuh perhatian menjawab "Istighfarlah kepada Allah swt"
Datang lagi seorang lelaki meminta Hasan untuk mendoakannya agar dia mempunyai zuriat. Hasan menjawab "beristighfarlah kepada Allah swt"
Kemudian datang lagi seorang lelaki yang kebunnya mengalami kekeringan. Hasan terus menjawab "Beristighfarlah kepada Allah swt"
Kelakuan Hasan tadi amat menghairankan penduduk sekitarnya. sehingga seorang dari penduduk itu bertanya kepada Hasan "Beberapa orang lelaki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!"
Maka Hasan menjawab "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah SWT berfirman (seperti itu)".

Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah surah an-nuh ayat 10-12 yang bermaksud
"Maka aku (nabi Nuh) berkata (kepada kaumnya) "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun, Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"
Contohilah Hasan al-Basri kerana sikapnya dan pemikirannya yang sentiasa berdasarkan al-quran dan as-sunnah.

Istighfar sebagai usaha memakbulkan doa.
Firman Allah dalam surah Al-Hud, ayat ke-3
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan ) keutamannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku(Muhammad) takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat"
Kali ini, kita bacakan kisah tentang seorang alim yang bernama Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu 'Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.
Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi.
Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.

Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, "Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi".
Imam Ahmad bertanya "Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
Jawab lelaki itu " Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal"
Maka kata Imam Ahmad : " Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu."
(Sumber: majalah Qiblati, indonesia. edisi ke 8)

Besarnya kuasa Allah! Kerana sayangnya Allah kepada si pembuat roti, dibawanya Imam Ahmad kepadanya.
Dalam kisah ini kita juga patut mencontohi akhlak Imam Ahmad. Walaupun beliau mengetahui nama beliau amat terkenal dan dihormati, tetapi beliau tidak membanggakan namanya agar memperoleh pertolongan dari manusia. Beliau tidak mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan. Kerana jika beliau mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan dengan memberitahu namanya dengan mengharapkan balasan, maka khuatir Allah akan membalas dengan memadam segala amalan yang dibanggakan tadi.
"Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian kerana yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala." (HR.Muslim)
Inilah antara kebaikan yang kita perolehi jika kita selau beristighfar kepada Allah. Sekarang kita boleh lebih menghayati lafaz astaghfirullah hal azim dan yang seteru dengannya.
Bagaimana dan apakah lafaz zikir yang digunakan untuk beristighfar? ucapkanlah apa yang kamu inginkan selagi ianya membawa maksud mengharap pengampunan dari Allah swt, kerana istighfar itu sendiri membawa maksud memohon ampunan dari Allah.
Sesungguhnya Allah swt dan Rasulnya juga lebih mengetahui.
Beramallah kita seperti seorang muslim
Sehingga kita berupaya melaungkan "Saksikanlah! aku seorang muslim!" tanpa ragu.

Wednesday 9 May 2012

Masyaallah..Baru Aku tahu rupanya ada kubur diatas kubah Masjid Nabawi itu..

assalamualaikum...baru2 ni aku sje nak kemas folder2 yg berterabur dlm external hard-dis aku ni...aku check balik satu per satu sbb takut ade bnd pntg..ttbe aku terbaca satu artikel ni...xtau la mne dtg..ttbe ade dlm hard-dis aku...
bce la ye...hehe...


Baru hari ini aku tahu yang ada benda diatas kubah masjid Nabawi di Madinah itu. Rasanya ramai orang yang mengunjungi dan beribadat di masjid tersebut tidak tahu ada benda ini !




SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencoba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

 tu je yg nk dikongsikan kali ni.. :)

Sunday 6 May 2012

Saya sakit mata..anda mcm mana..?haha…


Assalamualaikum…sje nk post pasal sakit mata ni..sbb aku bru je terjangkit sakit mata ni dari adik aku…hoho…
Mula2 adik aku yg yg nombor 4 tu sakit mata..dia balik je dari asrama,sampai kat umah, aku org pertama yg jmpa dia..hehe..sbb tu aku jadi org first yg terkena jangkitan tu…tp adik2 aku yg lain x kne plak..ini tidak adil…mak ayah xkna x pa..hehe…
Tp, bila sakit mata ni serang kita smua yg agak berumur n dah dewasa, aku x kisah sgt..sbb kita boleh dgr nasihat doctor n mak ayah… “jangan gosok mata tu, biaq ja” mak kata kat aku..so aku leh fhm n ikut ckp mak…tp klu adik2 kita yg kecik2 lagi,mcm mana..?dia maybe dgr ckp mak ayah..tp blm tentu dia fhm n boleh ikut.. so kepada sape2 yg ade adik2 kecik yg terkena jangkitan mata, ada sikit tips or hint aku nk share:- :D
·         Kerap basuh tgn…
Skejap basuh,skejap basuh…sampai dorang yg kecik2 x pndai ckp,tiba2 boleh bcakap “eh, tdikan dah basuh?” hehe..
·         Tukar cadar,sarung bantal atau selimut..ni smua dosebabkan tkt masa tdo,ade cecair dari mata yg terkena cadar,n membolehkan jangkitan pada org lain… hahahaha
·         Jangan kongsi ubat titis yg doctor bg…
·         Rehat..rehat…rehat..hehe…

Smua tips ni aku reka sndiri ja..hehe..maybe ada yg boleh tlg..aku tringin nk jadi doctor dari kecik ag..tp x kesampaian..sbb kurang pandai..haha…so jdi doctor kat sini pon ok la… ;)


Penglihatan or mata adalah satu organ yg amat penting…aku dapat rasakan orang yg x dapat melihat or buta sgt susah nk wat aktiviti harian..tp still ada hikmahnya dorang x dpt tgk…hehe..pk sndiri apa hikmahnya…

So,aku rasa sape2 yg ade msalah mata sakit or kabur,better korang g jmpe pakar mata or doctor untuk check mata korang sblum terlewat…

Ada satu artikel ni aku baca,artikel tu ckp, klu nk kurangkan sakit mata, boleh guna garam..amik garam pastu larutkan dlm air..pastu selam sambil bukak n tutup mata…aku blm pernah cuba..x brani..sape2 yg nk try,boleh la try…haha…x dijamiin sembuh tp insyaAllah sakit tu akan berkurangan… 
Tu je la nk share… 
jgn tengok nnti berjangkit ;P

mengada je..haha...

kucing pon sakit mata...

jom amal doa ni bila sakit mata... ;)


p/s mencegah adalah lebih baik dari mengubati…mcm mana tu? Sama2 kite renung dan selamat beramal….


Wednesday 2 May 2012

aku da boleh mengundi ;D


Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang….
Pilihanraya..pilihanraya..pilihanraya…
Politik,politik,politik…
Aku x paham apa bnd pon pasal politik smua ni…tp umo dah 21 tahun..dah cukup umo dan dah layak untuk mengundi…klu ikutkan hati aku,mmg aku xnk mengundi…tp disebabkan tanggungjawab aku, aku kena la bertanggungjawab memilih pemimpin di kawasan aku… tp, mcm mana aku nk pilih pemimpin kawasan aku..?aku sndiri x pernah nmpk apa2 sumbangan kat tempat aku,…dari dlu sama ja…xada perubahan…nama dorang pon aku x pernah tau…haha….trok btol aku…ish22…haha…
aku baru je daftar mengundi 2 hari lepas…x susah pon nk daftar…just jmp ajk SPR kat tempat korang,bg dorang salinan ic..siap..haha…tp msalahnya xada sbarang pngesahan pon yg gtau aku yg aku dah boleh mengundi…nama aku dah masuk system ke blm,xada information…haihhhh.,.masalah btoi..nk bertanggungjawab ada mslah..x bertanggungjawab pon masalah…adoiii…
so,kepada sape2 yg lebih berpengalaman dlm perkara2 mcm ni,guide la aku…aku dgn berbesar hatinya mempersilakan…haha…
satu lagi persoalan tentang mcm mana nk pilih pemimpin..lagi aku pk,lg aku keliru…aku xtahu mcm mana nk plih pemimpin…x tau la dari partI PAS ke BN ke DAP atau lain2….kita skurang2nya tahu sikit mcm mana islam ajar kita untuk pilih pemimpin..mcm mana nk menilai pemimpin…xdapat ikut byk pon,ikut sikit pon jadi lah..skurang2nya apa yg kita buat kita berpandukan agama kita iaitu islam…insyaAllah ada pnyelesaiannya…skali lgi, kepada sape2 yg sudi berkongsi pandangan atau nk menasihati,silakan lah…aku mmg jahil bnd2 mcm ni..hehehe…xpernah lagi alami..insyaAllah di masa depan klu ada ank muda generasi akan dating yg lemah,aku bantu dorang plak… :p
ilmu bermanfaat,insyaAllah bertesan disalurkan pahala kepada anda selama mana ilmu itu disampaikan…

jom tengok gelagat bakal pemimpin kita...
HAHA...sape la edit ni...

dia menjawab kenyataan diatas...hahaha..

BARISAN NASIONAL 

                                                                    vs
PEMBANGKANG
fikir baik-baik sebelum mengundi!!!

;)


MEdSI


Assalamualaikum w.b.t…. sobahal khair…hehehe…
Pagi ni ada sikit masa free untuk aku update blog ni sbb xada kerja lagi…so,ksempatan ni aku gunakan untuk share tentang ujian MEdSI atau nama panjang dia Malaysian Educator Sellection Inventory…. Actually aku baru je sit for this ujian medsi…ujian medsi ni dijalankan kepada mana2 calon yg nk sambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan..tu yg aku tau la….so aku antara yg terpilih untuk jawab…
Format ujian tu adalah objektif dengan 300 soalan dan kena jawab dalam masa 1 jam…300 soalan tu dibahagi kepada 4 bahagian…so,aku sbg pelajar yg “sangat” cemerlang ni, p jawab ujian tu,xyah study..hahaha…
Masa sampai kat dewan ujian SM Vokasional, kerian,aku tgk calon2 lain smua dtg dgn pakaian baju kemeja siap dgn tie lagi..aku plak sorang2 dgn kemeja polo…tie xada…haha…kasut nike hitam lgi..perghhh..silap2 boleh kena halau ni….
So time ujian dah sampai…pengawas peperiksaan dah panggil calon untuk masuk n cari tempat duduk..masa pengawas panggil tu, perut aku plak wat hal..adoiiii…xpala…aku g toilet dlu, selesaikan hajat..hahaha….kuar je dari toilet,smua dah mula jawab..aku tros masuk dewan dn muka confiden…hehe..pengawas tny “kamu pergi mana?” aku ckp la g toilet..pastu dia bg kertas soalan…aku dah terbiasa bila dpt kertas soalan,aku x kan jwb tros..duduk lepak2 dlu..tnangkan fikiran walaupun xtau apa2..haha..so slepas 5 minit,aku mula jawab..terkejut aku tgk soalan tu,,..pnya  banyak…haha…mula aku menggelabah…
At last, aku just amik masa 30 minit untuk setel jawab smua soalan tu..hahaha…n aku jgk calon pertama kuar dewan…pengawas tu panggil aku balik…dia tnya nk g mana…hahahaha… dgn muka berseri2, aku ckp aku nk balik..haha…sempat la aku skodeng cikgu tu belek2 kertas jawapan aku…
So,nasihat kepada sape2 yg bakal menduduki ujian bertulis MEdSI ,jangan takut….cool sokmo,smile always..xyah study…hahaha…insyaAllah boleh jawab..
p/s :cool jgn x cool…senyum walaupun tgh menggelabah…hehe.. :p 

ni tempat-tempat org yg kuar awal...hehe..

byk plak jawapan dia...aku jawab aritu ada 2 ja...A dgn B

HAHA..mmg ngantok..300 soalan 1 jam..dah la soalan hampeh...