KU TINGGALKAN KEPADAMU (UMAT ISLAM) DUA PUSAKA ABADI, APABILA KAMU BERPEGANG KEPADANYA NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT ,IAITU KITAB ALLAH (AL QURAN) DAN SUNNAHKU

Thursday 30 August 2012

study atau futsal?

assalamualaikum w.b.t...dan selamat sejahtera.... :)

alhamdulillah skali lg berpeluang mengadap pc kat kdai ni..haha..
tujuan datang ni sebenarnya nak apply PTPTN untuk smbung study...kena apply awal sikit la sebab nk tergolong dalam kalangan pemohon kelompok pertama..awal sikit duit masuk nanti..hahaha...
so setelah mengalami beberapa masalah, alhamdulillah siap jugak apply...mudah-mudahan permohonan selamat diproses dan diterima...

tapi bila dah selesai ni, ada sikit ruang dan masa untuk update blog! yeahh..
hehe..berbalik kepada tajuk...
STUDY ATAU FUTSAL? mana lagi penting...

kenapa benda ni jadi persoalan?hehe..ada sumone tanya aku bnd ni..
tp dy pon lobeh kurang je :p hehe!

okeh.. untuk menjawab persoalan itu..kita kena ambil kira kepentingan kedua2 benda tu...
tujuan sambung belajar adalah untuk belajar...tp btol ke aku nak sambung belajar untuk belajar?hahaha..adoiii.. aku sendiri pon xtau...

tapi..actually kali ni mungkin lain sikit kot..aku cuba kuatkan hati dan azam aku untuk fokus more on study..betol atau tak, ntah la...tapi semua tu akan diusahakan...hehe..insyaAllah study lbh penting bagi aku untuk degree kali ni...

kebetulan baru semalam atok,nenek, mak n ayah ada bebel pasal bola ni...mula-mula ayah cakap "along sudah2 la main bola tu..abaikan la cita-cita nak jadi pemain bola tu..dah terlambat" haha.. aku hanya mampu tersenyum sebab atok ada skali...malas nak debat banyak2...atok plak mencelah "btol tu...atok ada sorang anak saudara dlu exam sekolah semua straight A..MASUK UNIVERSITI,HABIS HANCUR KEPUTUSAN DIA SEBAB 'BOLA'"
hahaha...

aku pon x faham apa la salah bola tu...tapi bagi aku bola tu tak salah..orang tu yang tak pandai manage masa dia..nasib la..(nak kata aku pandai manage masa la ni hahahaha)

insyaAllah untuk sambung study kali ni, aku akan cuba the best untuk skor every sem sebab ada persaingan..haha..dekan dah 2 kali dah kan?(kalau x silap la)

walaubagaimanapun.........

hahaha...sejujurnya bola dan futsal memang aku tak boleh stop...hehe...jangan salah anggap...bukan aku taknak beli alat tulis, tp alat tulis ada lagi..banyak plak tuuu...hahaha...(alasan kukuh)

so as for me....study diutamakan, futsal dienjoykan...haha...
semangat aku nak study membara menyala macam kasut futsal baru aku..! 

perrgh ayat aku karang macam hebat gila..ntah btol ke tak aku nak fokus study ni...

just wait and see...

jumpa lagi :)

Sunday 26 August 2012

cinta pertama.....by fareast

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara

mom - number one for me....

i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

kembali ke bumi bintulu

assalamualaikum....salam sejahtera...

alhamdulillah diberi kesempatan untuk mengadap laptop n update blog yg tak sbeberapa ni...

rasanya belum terlambat untuk ucapkan selamat hari raya buat semua umat islam.. tak lupa juga, maaf zahir dan batin..hehe..batin banyak sikit maafkan...

entry kali ni just nak berkongsi sikit cerita n dilema aku sama ada aku balik ke bumi bintulu atau tak!
kenapa kena balik bintulu pulak?? haishh..mungkin rezki aku sambung belajar kat sana.. itu pon kalau aku btol2 nak belajar...hehe...stakat ni rasanya aku belum pernah serius belajar...tulah masalah utama aku...

kenapa aku dilema nak belajar sana? mungkin certain orang excited dapat sambung belajar jauh2...

tp aku pon excited...tp dah 3 tahun aku kat sana...aku cam dah muak...tambah pulak masalah duitbelanja bagai,...haishhhhh...duit tiket flight lagi...
memang PTPTN ada..tp mmg x cukup laa...sangat x cukup..hahaha...(ayah aku ckp:alah manusia ni kalau bagi duit sejuta pon dia takkan puas hati n tamak)...

skali kena ayat cmtu tros aku terdiam..haha..so cuba kuatkan hati untuk kesana...

mudah-mudahan segala urusan membuat keputusan dan perjalan aku ke sana dirahmati Allah....

walaubagaimana ponnnn...aku tetap belom buat keputusan untuk kesana!!

harap maklum...hehe...

jumpa lagi...

Saturday 4 August 2012

rukun islam ke-4??

assalamualaikum w.b.t..selamat petang...

entry kali ni nak menyentuh sikit tentang tanggungjawab kita sebagai umat islam melaksanakan rukun islam yang ke-4 iaitu mengeluarkan zakat..

zakat?? banyak zakat tu..yang mana satu ni..hehe..so sempena bulan puasa ni,semestinya berkaitan dengan zakat fitrah...dah bayar ke belom?cuba tanya penjaga/waris yang bertanggungjawab keatas kita..dah bayar ke belom..bukan nak buat2 pandai..tapi nak mengingatkan dia..takut2 dia lupa..

actually aku sendiri pon tak ingat sangat pasal zakat ni..hehe...tapi tadi masa dalam perjalanan nak ke kuala muda,ayah singgah kat masjid seberang jaya nak solat zohor sekejap..so da tertengok amil kat masjid tu...bila tengok amil tu baru la aku teringat pasal zakat ni...

so bila dah tengok amil tu,aku terasa nak bayar sendiri..dah alang2 dalam dompet ada RM20..hahaha..nak bayar zakat RM7 "JE"..hehe..so alhamdulillah...tahun ni punya zakat aku bayar sendiri! anda macam mana..?hehe...

bukan nak riak cerita pasal aku boleh bayar zakat sendiri...tapi aku belom lagi keje..alhamdulillah boleh jugak bayar sendiri kan...jadi pada mana2 golongan yang dah ada pendapata sendiri...dah ada keje tetap, korbankan sedikit duit gaji tu untuk bayar zakat fitrah..

zakat itu mensucikan...mensucikan apa? kita nak sucikan harta kita..so, yang tak bayar lagi tu, segerakan lah ea..jangan tangguh2..kang terlupa...sebelum solat sunat raya..! :)

tempoh yang kita ada sangat lama untuk bayar zakat...1 Ramadhan sampai 1 Syawak sebelom solat sunat aidilfitri...lama tu..ada lebih kurang 30 hari..nak bayar zakat 5 minit je.. :)

jom jom..!

Thursday 2 August 2012

tarawih ohh tarawih...

assalamualaikum...selamat petang... :)

alhamdulillah..dah 12 hari kita berpuasa..tarawih jgn lupa ye...
arini ada sikit cite nak share pasal tarawih ni...

sampai kari ke 12 berpuasa ni,blm pernah skali pon aku full solat tarawih..hehe...

nk dijadikan cerita..td aku singgah solat isyak kat satu surau ni...so lepas solat isyak tu wat la tarawih 8 rakaat skali...
tp imam kat situ bacaannya laju sangat...hoho! mengalahkan ferrari...
lepas takbir,dy tros mula baca al-fatihah..takpe la kan macam tu..tapi al-fatihah dia 2 kali nafas je..haha...punye laju...

lepas baca al-fatihah, baca surah lazim...mula dari surah at-takasur smpai "kulya"(lupa nama surah)..haha!...rakaat kedua al-fatihah dengan surah al-ikhlas...

masa rakaat pertama boleh lagi ikut imam tu...masuk rakaat kedua, surah lazim dah la pendek..dia bedal baca satu nafas..haha..memang x sempat kita nk bernafas baca al-fatihah..ntah betol ke tak al-fatihah aku..hahaha..

dah abis 2 rakaat, bilal pon lebih kurang lajunye..haha..

saje nk share yang tu je..ahaha,,,

kesimpulannye, memang la orang nak habis cepat solat tarawih tu...tapi jangan la sampai laju macam tu...bagi imam tu memang okay..tapi kalau ada makmum yang tua or x larat,hehe..macam mana kan kan kan..?...so biar lambat sikit takpe..asalkan sempurna solat kite..hehe..

nak tegur imam tu,macam tak mampu je..haha.so share kat sini je la..

renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

sujud tilawah & sujud syukur

 Assalamualaikum W.B.T.....

SUJUD TILAWAH DI LUAR SEMBAHYANG

Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga dilakukan di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam sembahyang.
Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam :
Maksudnya: “Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat”

Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.
Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu, seperti:
Ertinya:“Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Ta‘ala”

Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya. Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika mengangkat kepalanya dengan bertakbir.
Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula.(Al-Majmuk 3/561)
Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib kerana ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj.
Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilawah bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbir seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk menunaikan sembahyang, sujud dan juga salam.
Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud.(At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)

BACAAN ATAU ZIKIR  KETIKA SUJUD TILAWAH
Adalah sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilawah. Di antara zikir yang di galakkan itu ialah:

Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”

Dan zikir yang lain sebagaimana yang di sebut dalam hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:


Maksudnya : “Ya Allah tuliskan bagi ku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud”
(Hadis riwayat Al-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)
Sementara itu Al-Ustaz Ismail Al-Dharir di dalam tafsirnya menaqalkan bahawa Imam Asy-Syafi‘ie memilih untuk diucapkan di dalam sujud tersebut :
Ertinya: “Maha suci tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana”
Walau bagaimanapun adalah harus dibawakan zikir yang biasa digunakan di dalam sujud sembahyang.

Menurut Imam Al-Qalyubiy bahawa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh diganti dengan zikir berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun ia suci dari hadas (dalam keadaan berwudhu) seperti ucapan:
Ertinya:“Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.
Dibaca zikir tersebut sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat tahiyatul masjid.(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)



APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?
Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.

HUKUM SUJUD SYUKUR
Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :
“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj)
Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.
Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:

Tafsirnya: “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik”.

Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.

BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?
Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud dan juga salam.
Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.
Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.
Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

PENUTUP      
Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud tilawah. Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.

(copy from :State Mufti's Office,Prime Minister Office, Brunei Darussalam...)