KU TINGGALKAN KEPADAMU (UMAT ISLAM) DUA PUSAKA ABADI, APABILA KAMU BERPEGANG KEPADANYA NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT ,IAITU KITAB ALLAH (AL QURAN) DAN SUNNAHKU

Tuesday, 19 June 2012

tips menghadapi minggu exam...

assalamualaikum w.b.t.. entri kali ni adalah ditulis bertujuan untuk berkongsi tentang tips untuk menghadapi minggu exam....buat2 sape2 yg bakal menghadapi exam,baca ni ye.. ;)

tp kan,actually stiap org ada cara2 study n menghadapi mggu exam tersendiri..tp mna la tau kan..same ke... :D

Persediaan Fizikal / Intelektual

1. Mula belek-belek buku masa start studi week.
Jujur aku katakan, mmg jarang aku ulangkaji pelajaran melainkan bila nak test atau bila perlu siapkan tutorial or assignment.  Kalau ditakdirkan takde bende alah tadi memang tak stadi la.  Kebetulan sem yang banyak pulak assignment, so rajinlah sikit bukak buku.  TQ assignment!
Kebiasaannya bila nak habis study week baru org nak start study.  Tapi aku terpaksa mulakan seawal mungkin sebab aku tak bbrapa nak pick up sangat dalam bab2 study ni.  Amik masa nak faham sesuatu dan benda yang pernah belajar pun sampai lupa terus dari kotak ingatan.  Bila tengok nota balik macam tak pernah study je.  Tapi actualy dah lupa dan sbb tulah aku mula sejak awal (awal ke? haha).   Sehari minimum lebih kurang 4 jam diperuntukkan untuk study.  Mana yang otai dan cepat pick up tu, belajar dua hari sebelum exam pun takpe.

2. Tidur awal
Nak kata awal pun tak juga.  Adela dalam pukul 11 atau 12 malam.  Tujuan adalah untuk bangun awal esok tu.  Bangun awal boleh stadi awal sikit.  Kalau esok exam malam tidur lambat memang ting-tong la pagi esok.  aku tak berapa suka memaksa diri untuk tak tidur semata-mata nak study tengah malam sebab bila dah menguap komfem belajar tak masuk.  Lebih baik tidur.   Masa diploma dulu, kalau tak sempat study pun akan tidur macam biasa jugak. apa nk jdi,jdi la..haha..    Sape2 yang nak cepat tidur, sila baca nota korang.  Komfem cepat lena.  

3. Buat soalan final
Lepas habis satu bab yang dah diulangkaji,  boleh buat soalan final.  Ada la dalam 5 atau 6 set soalan final yang boleh cuba buat walaupun blom tentu apa jawapan sebenarnya.  Jawapan nanti kena compare dengan member la sebab memang takde skema jawapan.  Apa pun sekurang-kurangnya kita familiar dengan bentuk soalan yang ditanya. tp aku x pernah pon wat cmtu..haha..







Persediaan Mental / Rohani
1. Dekatkan diri dengan Maha PenciptaJangan terkejut jika ada yang sampai terlepas waktu solat kerana ulangkaji.  Terlalu leka sampai ‘terlupa’.  Patutnya lagi dekat dengan exam lagi rajin kita menambah ibadat.  Dalam aspek spiritual ni, ikut kemampuan dan pendekatan masing-masing untuk melaksanakannya.  Korang lagi hebat benda2 macam ni.   Mungkin yang muslimin boleh kerap ke surau untuk solat berjemaah.  Berdoalah kepadaNya selepas kita puas berusaha dan Allah sangat pemurah dalam memperkenankan doa hambanya.Tapi kena ingat, kita bukan sembah Allah ketika susah, nak sesuatu atau bila nak pekse.  Perangai seperti ini jangan dipraktikkan kerana kita bertuhan bukannya bermusim tetapi sepanjang hayat.  Jika ada perangai macam tu dalam diri, korang boleh imagine la samada Allah nak tolong atau tidak.  Kalau boleh biarlah istiqamah walaupun amalannya sedikit dan jadikan amalan tersebut amalan yang bukan bermusim. aku pon berusaha kearah ni..tp kdg2 mampu kdg2 mmg out tros..haha...tp at least aku share la dgn korang smua..

Manusia bukan robot untuk belajar tanpa henti.  Bila sejam dah study (selalunya suka hati), aku akan bukak internet.  Baca news, blogwalking sambil mengomen atau update blog sendiri.  Bila meluahkan ekspresi diri sendiri tentang sesuatu dalam blog dan share dengan orang lain dapatlah kurangkan sikit stres dalam kepala ni.  Sharing is Caring beb!


No comments:

Post a Comment